Inilah Kereta Terbang Pertama Di Malaysia

thumbnail

Pada tahun ini rakyat Malaysia bakal menyaksikan kereta terbang di ruang udara negara apabila super drone dengan teknologi AI akan diperkenalkan pada perarakan kemerdekaan 31 Ogos nanti.

Walaupun kenyataan Menteri Pembangunan Usahawan Mohd RedzuanYusof mengenai kemuculan kereta terbang ini mendapat pelbagai reaksi sinis dan ejekan daripada pelbagai pihak, kerajaan Malaysia tetap komited untuk merealisasikan impian kereta terbang pertama di negara ini.

super drone dengan teknologi AI akan diperkenalkan pada perarakan kemerdekaan 31 Ogos nanti.

Kerjasama syarikat tempatan EastCap Berhad dengan syarikat dari china EHang Intelligent Equipment (Guangzhou) dan Strong Rich Holdings Limited telah memeterai perjanjian untuk memasar, menjalankan operasi dan perkhidmatan serta penyelenggaraan super dron di Malaysia.

Dengan menggunakan teknologi AI, kereta terbang ini yang bakal diperkenalkan tahun ini untuk kegunaan pemantauan sempadan oleh pihak berkuasa, pelancongan, bantuan kecemasan, perubatan dan perladangan di Malaysia.

Kerjasama syarikat tempatan EastCap Berhad dengan syarikat dari china EHang Intelligent Equipment (Guangzhou) dan Strong Rich Holdings Limited

Difahamkan tujuan utama penggunaan super drone tersebut bukanlah untuk kegunaan awam seperti diwawarkan sesetengah pihak sebelum ini, sebaliknya ia dicadangkan kepada pihak berkepentingan seperti kerajaan dan pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

penggunaan super drone tersebut bukanlah untuk kegunaan awam seperti diwawarkan sesetengah pihak sebelum ini,

Berdasarkan kajian daripada syarikat EastCap Berhad penggunaan super dron ini terbukti mampu menjimatkan kos, mesra pengguna dan boleh menyelesaikan masalah mobiliti khususnya di kawasan bandar sekiranya berlaku kecemasan dan memudahkan pemantauan tanpa kesesakan. Selain pemangkin kepada pelancongan negara.

Menurut Datuk Seri  Zakwanhafiz selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengarah Urusan EastCap Berhad, super drone itu juga boleh membawa penumpang di antara pulau-pulau pelancongan dengan kos serendah RM80 untuk satu perjalanan.

Katanya, kerjasama strategik EastCap Berhad dengan dua syarikat China itu adalah untuk memasarkan super dron berkenaan bukan saja di Malaysia bahkan ke seluruh dunia.

Selain itu, syarikat juga mensasarkan pasaran di Indonesia bagi sektor pengangkutan di kawasan pulau di seluruh negara jiran itu tidak terhad kepada penumpang saja bahkan untuk membawa barangan,” katanya.

boleh membawa penumpang di antara pulau-pulau pelancongan dengan kos serendah RM80 untuk satu perjalanan

Berikut adalah spefikasi super drone tersebut.

Berupaya terbang setinggi 300 meter dengan kelajuan maksimum 130 kilometer sejam dengan jarak bagi kapasiti bateri adalah sejauh 110 kilometer. Selain berupaya membawa maksimum dua penumpang dengan maksimum kapasiti 600 kilogram dalam satu-satu masa,”

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Ogos 2019 @ 2:35 PM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top